3 Jenis kategori baju
03 June 2012Posted by
Jogger
2 Comments
Hari ni aku pening sket nak pilih baju, untuk gi food testing majlis adik ipar aku Julai nnt. Bila pikir2 balik, aku sebenarnya ada beberapa kategori baju kat almari aku ni.
Kategori 1: Baju Tido.
Baju ni yg mmg aku pakai buat tido je. Biasanya yg terdiri dari baju2 yg nipis dan tshirt percuma
Kategori 2: Baju gi jalan dekat2.
Baju yang stok lawa tapi yg simple. Ni biasanya yg aku pakai bila g Giant ke, carrefour atau keluar g beli makanan
Kategori 3: Baju yg grand
Baju ni yg akan aku pakai bila gi tempat yang elegan, trendy. Ni termasuklah baju polo, levi's, Feraud...
Masalahnya, tempat yg aku nk gi ni dekat tapi elegan. Sudahnya pakai t-shirt dengan selipar Jepun jer.
Lagu CamBest: Kenapa oleh Daus AF8
27 October 2010Posted by
Jogger
Salam,
Seperti biasa, aku kan suka dengar lagu pelik. Dan lagu yg best, aku masukkan ke dalam blog. Sajer nak share dgn korang. Seterusnya, sang penyanyi ni dapatlah promosi percuma.
Kali ni aku highlight lagu Kenapa oleh Daus. Aku suka rentaknya walaupun lirik macam manja2 gitu. Takper. Aku tetap suka lagu dia. Hari tu oleh kerana otak ni gila, aku selamba carik lagu nih. Pastu siap nyanyi kat karaoke. Walaupun tempo mmg hancus, melodi ke laut, Tapi dapat gak menarik minat kawan laki2 yang macho ntahahpapap tu. Hahahha. Bangga pun ada.
Aku malah nak embed takut blog aku ni berat. So aku share je link ke youtube. Siap ada lirik weyh.. Kepada mereka yang dah berteman, boleh dedicated lagu ni kat pasangan masing2.
Adios carlos buritos!
Nyaris ditangkap
17 October 2010Posted by
Jogger
Salam,
minggu lepas aku telah diajak untuk menyertai demonstrasi kat Bangsar. Kalo ikut hati, mmg nak pergi. Bukan beria2 nak menyokong, tapi sekadar nak lihat situasi berdemonstrasi jer. So dengan hati berbunga2, aku dah pasang niat.
Namun, rezeki tidak menyebelahi aku, time nak pegi tu aku agak sibuk dengan keadaan di tempat keje. Maka terlepas laa peluang tu.
Lepas waktu kerja, aku terus lepak dgn budak2 tu. Dorang kata, Abang Ketua kena tangkap polis. Aku pun terkejut sebab Abang Ketua seorang yg berpengaruh. Ramai orang2 ternama yang dia kenal. Punca dia, polis tu tak kenal Abang Ketua lantas terus dibelasah dan digari. Bab dibelasah tu aku x berani nak komen sbb mmg Abang Ketua melawan masa nak kena tangkap tu. Engkar pada arahan polis. Dengar2 adalah 5 orang yg kena tahan. Tak lama kemudian, semua orang dilepaskan termasuk Abang Ketua. Atas arahan pegawai dari Bukit Aman.
Separuh diri aku bersyukur sbb tak pergi dan maybe kena tangkap. Sebab Abang Ketua memang suruh aku jadi orang kanan dia setiap kali kalo aku ikut. Separuh lagi agak kecewa sebab kalo tak boleh aku merasa perasaan berdemonstrasi. Cuma aku heran, sepatutnya demonstrasi tu boleh dapat permit, tapi mungkin sebab teknikal, tak dapat lah. Mungkin ada tangan2 asing yang masuk campur. Ntah lah.

Labels:
demonstrasi,
personal
Masuk Tv3 dan Hot.FM
01 October 2010Posted by
Jogger
Salam,
Dalam tempoh tak sampai sebulan, aku me
ndapat media exposure dlm tv dan radio. Bukan exposure mana pun, cuma kebetulan aku disiarkan dalam kedua-dua saluran tu.
Jarjit yang memang besh.
Masa bulan puasa hari tu, aku bukaklahh radio Hot.FM. Masa tu ondaway pergi jumpa client kat Bangsar. Tetiba ada segmen Upin & Ipin versi Raya. Yang dlm konti tu masa tu AG, Kieran dgn Jarjit & Mail dari Upin Ipin. So, oleh kerana aku dok bosan tggu org, aku pun telefon Hot.Fm. Alih2 dapat lepas. Cakap lah dgn Kieran.
Kieran : Nak cakap dgn sapa, Jarjit ker Mail?
Aku : Jarjit. Sbb nak mintak pantun dua kerat Raya (Jarjit mmg suka berpantun)
Jarjit : Pantun apa mau?
Aku : Pantun rayalah Jarjit. Minggu depan je raya ni
Jarjit : Dua, tiga katak melompat, mari kita makan ketupat
Aku : Ok terimakasih. (Sebenarnya nak balas balik pantun tu, tapi blur laks)
Aku takdelah exited sangat pun tp ia tetap menceriakan hidup aku.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Interview dengan TV3
Kali ni mmg tak sengaja. Seperti aktiviti sebelum puasa, mmg main futsal tiap2 minggu. Minggu lepas aku pegilahh main futsal kat tpt biasa. Masa tgh main tu aku nampak laa krew tv3 datang dok interview owner. Aku xder laa giler glammer nak tempek muka kat jaring court tu, tapi takat tunjuk skil sket2 tu ada ar. (Ada kah?)
Dah abes main tu, aku lepak kat luar court. Baru jer nak gi bayar, kena tangkap dgn awek tv3 tu. Suruh jwb soklan2 dia. Geng aku suma dah gelak2 dah... So jawablahh soklan2 awek tu yang belit2. Aku tanya masuk segmen mana? Dia kater masuk unit berita. Tapi x tau bila nak diudarakan. Nnt dia bagi tau bila nak kuar tv.
Alih2 weekend hari tu dah kuar, kebetulan aku mmg x tgk channel tu. Tetiba ramai jer telefon aku ckp aku masuk tv. Secara jujurnya, aku mmg tak sempat tgk tapi rakan2 lain dok perli2 laa, Ckp dah jadi bintang tv laa, artis la.
Bagi aku, benda oklah masuk tv. Tp lepas nih aku nak diwawancara plak, pasal kejayaan aku ker, kerjaya ker. Tu angan2 jer pun. Biar ada cita2, dan usaha. Barulah berjaya,
Sendiri Mau Ingat Laa
Perkembangan Blog
30 September 2010Posted by
Jogger
Salam,
Sekarang ni aku agak bangga dgn rakan2 blogger aku. Kalo dulu, suma kecik2 anak, tapi skrg dah mega belaka. Banyak jugak aku tgk, yg dapat invitation dari nuffnang, siap jemput hi tea dan sebagai. Tu pun belum kira yg dlu iklan nuffnang payah nak lekat, tp skrg nih asik2 buffered jer. Baguslah
Yang aku paling perasan, sapa usaha keras untuk memajukan blog dari segi layout dan content, sure menjadi pilihan ramai. Kalo tak, korang boleh lihat blog aku nih. Sungguhpun begitu, aku pun masih bangga melihat korang berkembang pesat. Dan aku ucapkan tahniah atas usaha masing2. Kalo nak listkan blog sapa yg meningkat. Sure panjang berjela. Korang pun tahu sapa korang kan.... So sendiri mau hingat laa.
Lagu Cambest: Bunga Api di Hati
01 September 2010Posted by
Jogger
Salam,
Sebenarnya niat dihati dah lama nak post pasal lagu nih. Tp tangguh2, hari baru ada semangat sket. Lagu nih besh sbb catchy dan fresh. Pastu penyanyi dia suma artis muda. Shila, Stacy, Sharifah Aleeya dgn Fafau. Mmg 3S tu byklah sumbangkan suara. Fafau tang yg sahut2 tu jer. Video clip pun ok gak. Creative. Mmg aku suka gak laa lagu ni

Dua jam setengah
17 August 2010Posted by
Jogger
Salam,
Pagi ni aku agak malang, perjalanan dari Melewati ke Kinrara amatlah memenatkan dan mengambil masa 2 jam 30 minit. Kalo naik highway, dah sampai Ipoh dah tu. Banyak betul kereta... Semalam pun mcm tu jugak la. Br nak kuar umah, dah jem gila babas...
Mungkin aku kena buat bisnes sendiri kat depan umah, "Apam Balik Sotong"

Subscribe to:
Posts (Atom)