Gereja dibakar

08 January 2010
Posted by Jogger

Isu yang bertambah panas rentetan dari penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam. Aku dok terpikir dan byk teori2 yg timbul dari kepala otak aku nih. Cuma x boleh nak reveal lagi sbb kes nih dah jadi kes polis. Dan agak bahaya jika kalo kita tidak berhati2 memberi pendapat & komen. Ni dah jadi kes nasional yang mana kita perlu tenang & dapatkan info sebenar sebelum menghentam sapa2.


So aku pastekan petikan dr Harian Metro.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KUALA LUMPUR: Polis memandang serius cubaan membakar tiga gereja dipercayai didalangi individu tertentu yang terlalu emosi dengan isu berhubung penggunaan kalimah Allah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata dalam kejadian pertama jam 12 tengah malam tadi, sebuah gereja di Taman Melawati terbakar selepas seorang lelaki menunggang motosikal mencampak sebuah topi keledar berisi minyak petrol menyebababkan kerusi dan buku di dalam rumah ibadat itu terbakar.

Kejadian kedua berlaku di Petaling Jaya jam 4 pagi apabila seorang lelaki dilihat membaling dipercayai `molotov coctail'. Bagaimanapun cubaan itu gagal apabila botol berkenaan tidak pecah.

Kejadian terbaru berlaku jam 8 pagi ini di sebuah gereja di Damansara yang menggunakan modus operandi sama, tetapi gagal.

Musa dalam sidang media di Bukit Aman pagi ini berkata, polis sejak jam 6 petang semalam sudah meningkat kawalan ketat sekitar gereja di seluruh negara bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.

Beliau berkata, sebelum ini polis sudah menerima aduan daripada pihak gereja yang mendakwa menerima panggilan ugutan daripada individu tidak dikenali.

Selain itu katanya, polis juga akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang berhimpun di seluruh negara sekiranya bertinda di luar jangkaan dan mengancam keselamatan negara.

“Polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas termasuk ISA,” katanya.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Sekali lagi aku pesan, kawal perasaan dan dapatkan maklumat sebenar.

0 jogger: