Mengapa orang ppilih aku sebagai wakil mereka?

14 July 2010
Posted by Jogger

Salam,

Aku lama tak update blog. Tetiba semangat tu terbang begitu sahaja. Tapi hari ini, setelah bohsan menghadirkan diri dalam training ni, aku amek keputusan utk update blog.

Pertama2, aku telah dilantik utk menjadi komiti utk pertandingan futsal peringkat pejabat. So, sebagai seorang yang amanah, aku melaksanakan semua tanggungjawab seperti menyusun jadual perlawanan, dapatkan senarai pemain & tempah court futsal. Aku bukannyer terel sangat main futsal, tapi dorang desak jugak jadi AJK. Adeih

Kedua, aku juga telah dilantik menjadi AJK Rakan Sebaya kat kawasan rumah aku nih. Dah lah aku kena susun program2 utk memberi manfaat kepada penduduk kat sini. Jenuh jugak laa nak pikir aktiviti yg berkesan tetapi tidak keluarkan kos yang banyak. Aku pun heran sbb aku bukannyer orang yang mempunyai banyak pengaruh kat sini. Dan aku rasa x sume orang kenal aku.

Ketiga, aku jugak menjadi person in charge utk beberapa projek kat opis aku ni. Memanglah nampak mcm orang penting, padahal cap ayam jer @ balaci. Tapi aku sahut jugak cabaran tu sbb aku mmg suka membuktikan diri aku nih berkemampuan untuk laksanakan projek2 tu. Cuma harapannya, jgn ada masalah akhir nanti.

Dan yang terakhir, aku juga telah diminta menajdi wakil utk melaksanakan satu program makan malam. Tak tau ujung pangkal, alih2 kena plak jadi organiser.

Tetapi, aku rasa, dgn tugas2 beginilah yang memantapkan aku. Memperolehi pengalaman hidup utk masa hadapan. Dan aku memang suka bekerja under preasure. Sbb aku akan lebih berhati2 dan cermat.

Terima kasih kengkawan

5 jogger:

ZR said...

eh..eh..berhati2 & cermat? eh agak musykil di situ ye

JAI said...

weiiii..dah banyak sawang dah blog nie bro..nak gua tolong bersihkan kerr..hehehe..lama tak jumpa..updatelah sesekali..rindu aku dengan ko..hehehe

maisyah said...

salam..
jauh ni joging dari Sabah!
keja yg diberikan mungkin kita x biasa & x terer lagi..tapi d ctula titik tolaknya kan..
chayo..chayo..

Jogger said...

huhuhh Jai... sesungguhnyer ko mmg supportive wo

oya said...

kt kwsn rumah ade AJK..kt mane nih..