Budak budak

18 February 2010
Posted by Jogger

Salam,

Masa zaman kanak2 dlu, aku cukup sensitif kalo orang gelarkan aku 'Budak Bandar". Padahal hakikat dia, mmg aku berasal dari bandar. Lahir & dibesarkan pun di hulu KL. Tapi bagi aku gelaran tersebut lebih terarah kepada sindiran yang membawa maksud tak reti buat apa2 & tak tahan. Yelah, kalo dlu, kalo x reti ikat mata kail & pasang umpan, kompom geng aku akan gelar budak bandar. Sebab tu jugak, aku selalu redah paya kat blakang umah untuk mancing ikan haruan. Tapi alih2, dapat anak biawak.

Kalo x tahan panas atau pedas, dorang akan sound "Alaaa, budak bandar mmg mcm tu, x tahan panas langsung. Dan atas dasar itulah, aku rasa, membesar dan membentuk diri aku dalam acuan adventures & extreme. Suka mencuba benda2 pelik.

Tapi sekarang, aku rasa anak2 buah aku membesar dalam suasana yang lain. Takde lagi aktiviti panjat pokok & terjun parit. Kalo balik kampung, suma duduk kat satu sudut main PSP atau Nintendo DS. Bercakap dgn sepupu2 pun ala kadar. Kalo yang perempuan plak, suma pakat tepek gincu & mekap. Pakai baju pun mcm x cukup kain. Aku rasa skrg dorang lebih bangga digelar Budak Bandar berbanding budak kampung. Seolah2 budak kampung tu membawa gelaran yang kuno & ketinggalan. Yelah... x rock kan?

Aku rasa sedeh pun ada bila tgk situasi ni dah berubah. Cuma x pasti samada perubahan ini akan membawa kearah kebaikan atau kepupusan tradisi kita. Maka, mungkin nnt tiadalah permainan konda-kondi, galah panjang (kalo ada pun harapkan kabbaddi), teng teng dan mcm2 lagi. Tiada lagi kulit2 hitam yang hangus terbakar dek matahari. Tiada lagi gelak tawa budak2 bermain.

Dengan itu jugak, aku mula runsing, bagaimana kehidupan anak aku nnt. Di besarkan dalam suasana teknologi tinggi dan moden tanpa ada unsur2 tradisi? Cuma yang pasti, aku takkan biarkan mcm anak jiran aku, nak berkaki ayam kat playground pun takut.

Labels:

4 jogger:

Anonymous said...

bile byk perubahan,budak2 semakin nakal skang..
smkin mnjd2..
cg sndiri xtahan dgn budak2 zaman skang..

siggplus said...

aku budak kampung rilek saja. siap bangga lagi

budak2 sekarang mana main kabbadi dah, semua stok shuffle saja. paling koman jalan2 sambil gantung DSLR kt tengkuk. padahal mode fully auto saja, bajet pandai amek gamba

Jogger said...

Lionteen,

kekadang perubahan tu bagus. tp atas kita lah utk terima baik ke buruk

Jogger said...

Sigg,

Well said bro... takat bwk DSLR tp main auto, baik pki compact camera