Showing posts with label ATV. Show all posts
Showing posts with label ATV. Show all posts

ATV di Kemensah

28 March 2010
Posted by Jogger



Salam, Minggu lepas aku bersama2 rakan lain pegi menunggang ATV @ All Terrain Vehicle kat Kemensah. Second aku pegi kat sana. Tempat mmg mencabar giler ar. First time aku pegi last year, hadiah birthday aku. Wife aku yang kasik.

So kali ini, kita orang pegi track yang lain kerana bajet yang ciput. RM100 sorang tu... Tapi aku rasa berbaloi laa dengan pengalaman yang dilalui. Seperti biasa, mesti dimulakan dgn safety briefing oleh owner, Abg Mas. Lepas tu ada training session kat tempat dia. Tapi aku boleh layan bual lak dgn Abg Mas. Aku rasa dia bajet aku dah terel kot. Hasil daripada tu, aku lupa nak start engine ATV tu. Maklumla, dekat setahun dah aku pegi.
Gentlemen, start your engine!!! Pengembaraan bermula dengan menaiki track 45 darjah kecuraman. Sedikit cuak gak laa. Lepas tu kita orang sangkut kat tengah2 perjalananan sebab ada pohon buluh yang tumbang akibat ribut hari tu. Ada 20 min gak larr dok lepak2 kat situ.

Lepas guide tebas pkok buluh tu, kita orang sambung perjalanan ke air terjun. Yeay, apa lagi mandi sakan laa kan. Nak2 suma laki2. So, x payah cover perut... huhuhuh
Perjalanan balik, aku rasa suma orang stok lenjan motor tu, kawan aku si Ultraman tu siap main drift lagi kat selekoh2 tajam. Time balik tu ada gak aku try amek video dgn letak camera aku kat belakang ATV tu. Kualiti ok tapi vibration kuat sket ar. Kalo sang tenet laju... bley laa aku hupdet video tu. Aku mmg bercadang nak ajak blogger2 main ATV nih, dah aku jamin mmg besh. Tapi ongkos nyer agak besar gak la. Aku rasa paling tidak pun RM150 utk dapatkan track yang mencabar minda. Kalo ada ramai sambutan, aku on jer


Ni lah ATV nama dia

Air terjun yang cetek tapi best


ahli rombongan


Meredah pohon buluh

Aku adalah Junkie

03 March 2010
Posted by Jogger

Salam,


Aku sememangnya adalah junkie... pantang ada masa dgn duit lebih... sure aku akan wat sesuatu agar rasa addicted nih. Ramai gak orang dok nasihatkan aku supaya igt masa depan, tapi apakan daya.... aku kan degil orang dia.

Mcm mana aku aku ilangkan junkie nih? Dulu masa muda2 dlu, aku ramai kwn yg boleh supply untuk ilangkan rasa gian ni. Tiap2 minggu sure restock. Tapi akhir2 nih, agak susah sket. Terlibatlah aku dgn aktiviti yang dptkan ilangkan gian tp pada dos yang agak rendah.

Makin hari makin rendah dos dia. Adakah aku akan ilang gian itu sepenuh nya? Aku harap tidak kerna aku masih lagi suka akan perasaan itu. Jantung berdetak2 kencang. Peluh menitis tanpa henti. Tangan terketar2. Aduih... Damn i miss it so much.

Pendek kata... mmg aku seorang junkie, adrenalin junkie. Junkie aku dah restock sket masa men paintball aritu. Next thing aku plan white water rafting plak. X pun, ATV for 2nd time. Huhuhuh. Kalo takat nak dos kecik tu, men badminton ker futsal tu ok arr gak.