ATV di Kemensah

28 March 2010
Posted by Jogger



Salam, Minggu lepas aku bersama2 rakan lain pegi menunggang ATV @ All Terrain Vehicle kat Kemensah. Second aku pegi kat sana. Tempat mmg mencabar giler ar. First time aku pegi last year, hadiah birthday aku. Wife aku yang kasik.

So kali ini, kita orang pegi track yang lain kerana bajet yang ciput. RM100 sorang tu... Tapi aku rasa berbaloi laa dengan pengalaman yang dilalui. Seperti biasa, mesti dimulakan dgn safety briefing oleh owner, Abg Mas. Lepas tu ada training session kat tempat dia. Tapi aku boleh layan bual lak dgn Abg Mas. Aku rasa dia bajet aku dah terel kot. Hasil daripada tu, aku lupa nak start engine ATV tu. Maklumla, dekat setahun dah aku pegi.
Gentlemen, start your engine!!! Pengembaraan bermula dengan menaiki track 45 darjah kecuraman. Sedikit cuak gak laa. Lepas tu kita orang sangkut kat tengah2 perjalananan sebab ada pohon buluh yang tumbang akibat ribut hari tu. Ada 20 min gak larr dok lepak2 kat situ.

Lepas guide tebas pkok buluh tu, kita orang sambung perjalanan ke air terjun. Yeay, apa lagi mandi sakan laa kan. Nak2 suma laki2. So, x payah cover perut... huhuhuh
Perjalanan balik, aku rasa suma orang stok lenjan motor tu, kawan aku si Ultraman tu siap main drift lagi kat selekoh2 tajam. Time balik tu ada gak aku try amek video dgn letak camera aku kat belakang ATV tu. Kualiti ok tapi vibration kuat sket ar. Kalo sang tenet laju... bley laa aku hupdet video tu. Aku mmg bercadang nak ajak blogger2 main ATV nih, dah aku jamin mmg besh. Tapi ongkos nyer agak besar gak la. Aku rasa paling tidak pun RM150 utk dapatkan track yang mencabar minda. Kalo ada ramai sambutan, aku on jer


Ni lah ATV nama dia

Air terjun yang cetek tapi best


ahli rombongan


Meredah pohon buluh

8 jogger:

JAI said...

Perghh..menarik tuhhh..boleh tahan ongkos dia..naik 3 orang sekali boleh ker??Jadi ongkos dapat diminimisekan..ingat aku nak ajak si eyriqazz dgn mel join naik bertiga...eyriqaz duduk kat stereng si mel berdiri kat belakang..amacam boleh..ahaks3..

ok boleh try game baru nie..menarik tuh siap lepak kat waterfall..

Mcjust said...

kat air terjun ade shin chan dgn hulk ke? pelik semacam je... heehehe =P

Aus MeLankoLik said...

Macam best naik mende ni .
hahahak..
mahal x ??

Jogger said...

Jai,

Xmuat naik bertiga. Kalo x sure aku dh sewa satu bike jer.... Naik 9 org... Baru mcm tatoo tentera

Jogger said...

Mcjust, benda pelik jgn tegur

Jogger said...

Aus, paling murah 50 paling mhl 300. Nnt aku letak rate dia

AJ said...

fuhh,bestnya..bukan reti nak ajak aku..aku tenung balik avatar ko tuh..haahla,,,ada iras muka kau...hik3

Jogger said...

Hahaha... Pic aku dlm tu ada satu jer... Ko boleh cam ker?